Tuesday, December 8, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi Rahmat..

Akhirnya draf tesis ku telah siap dihantar dan di semak oleh penyelia.. Terasa ringan sedikit kepala.. Alhamdulillah.. Sekarang masa untuk tunggu draf disemak dan pembetulan berikutnya..



Senyum selalu.. Kerana senyum itu bunga Iman..=)

My Very First Homemade Sushi



Lalalalalalalala.. Lalalala....

Bila teringin nak makan, inilah hasilnya.. First time buat, sungguh seronok. Tak larat nak habiskan sebab besar.. Kalah sushi king.. hehehe..

Yum.. Yum.. Yummy...

Wednesday, November 18, 2009

Sunnah Dalam Mengerjakan Qurban

Assalamualaikum.

Satu kaedah asas yang telah ditetapkan oleh ulama ahli Sunnah Waljamaah dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak.Betapa ramai umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah, namun sebaliknya ia tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah Qurban, kita harus berusaha mencontohi sunnah-sunnah Nabi SAW seperti berikut :

1. Waktu pelaksanaan ibadah Qurban
Menyembelih binatang qurban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat AidilAdha dan berlanjutan hingga akhir Hari Tasyrik, iaitu 3 hari selepas solat AidilAdha. Bermaksud penyembelihan dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sabda Rasulullah, "Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (AidilAdha) ialah kita solat dan kemudian menyembelih (binatang Qurban). Oleh itu sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah. Sesiapa yang menyembelih dalam solat, sesungguhnya sembelihan itu hanya menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang Qurban." Hadith riwayat Muslim.

Sabda Rasulullah SAW, "Seluruh Hari Tasyrik merupakan waktu penyembelihan." Hadith riwayat Ahmad.

2. Haiwan qurban tersebut tidak memiliki kecacatan
Pastikan haiwan yang hendak diqurbankan adalah dari jenis baka yang baik, serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, patah tanduk, telinga koyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Raululllah SAW, "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah Qurban : Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak(kurus)." Hadith riwayat Abu Daud.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku
Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah Qurban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah Qurban tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, "Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulah Zulhijjah dan salah seorang antara kamuingin menyembelih Qurban, janganlah memotong rambut dan kukunya walaupun sedikit." Hadith riwayat Muslim.

Bagi yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku atau rambut sebelum melaksanakan ibadah Qurban, memadai ia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyhah (tebusan atau denda). Rujuk kitab al-Mughnikarya Ibnu Qudamah.

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagi kepada 7 bahagian
Jabir r.a berkata, "Kami pernah menyembelih (haiwan Qurban) bersama Rasulullah SAW ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-sama Rasulullah SAW." Hadith riwayat Muslim.

5. Berqurban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya
Seseorang dibenarkan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara Qurban zaman Rasulullah SAW. Lalu Abu Ayyub menjawab, "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikan kepada orang lain." Hadith riwayat al-Tirmizi.

6. Ibadah Qurban dilaksanakan di musolla
Disunnahkan melaksanakan ibadah Qurban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat AidilAdha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi SAW telah bersabda, "Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berqurban di musolla." Hadith riwayat al-Bukhari.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan Qurban
Adalah sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah Qurban tersebut agar menyembelih haiwan Qurbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata, "Nabi SAW pernah berqurban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." Hadith riwayat al-Bukhari.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berqurban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan Qurban mengikut sunnah
Hendaklah menyembelih haiwan dengan benda yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta merta. Sebelum penyembelihan dilakukan, baringkan haiwan Qurban tersebut pada sisi sebelah kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika meyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.

Anas r.a berkata, "Nabi SAW pernah berqurban dengan dua ekor kambing biri-birinya yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." Hadith riwayat al-Bukhari.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakangnya. Darah dari anggota badan haiwan Qurban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapah.

9. Daging Qurban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan
Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah Qurban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekah sebahagian yang lain. Malah mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, "Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging Qurban ini)." Hadith riwayat Muslim.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging Qurban
Memberi daging Qurban kepada tukang sembelih sebagai upahnya adalah bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah SAW. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan dengan menggunakan harta sendiri dan bukan dengan hasil daging binatang Qurban itu.

Ali r.a berkata,"Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." Hadith riwayat Muslim.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah SAW ketika melaksanakan ibadah Qurban sempena sambutan AidilAdha. Bersungguh-sungguhlah kita mengamal sunnah-sunnah tersebut. Moga berbahagialah orang yang diberi taufik oleh Allah dalam beribadah kepada-Nya dengan mengikuti sunnah Nabi-Nya dan tidak mencampur aduk dengan amalan bidaah.

Untuk itu, selamat mengerjakan ibadah Qurban. Wallahu'alam.

Tuesday, November 17, 2009

Resepi dari Kashmir

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak tunjuk satu resepi yang sangat mudah, ringkas dan senang untuk dimakan. Resepi ni saya belajar dari kakak saya yang balik dari Kashmir. Resepi ni memang sesuai untuk orang yang ingin diet. Hehehe.. Ok lah.. Cara-cara membuatnya seperti di bawah.

Apa bahan-bahan yang diperlukan?

1. Timun yang dipotong memanjang



2. Lobak merah yang dihiris nipis



3. Tomato dipotong kecil



4. Bawang besar dihiris halus



5. Ekstrak limau nipis



Cara membuatnya..

Campur kesemua bahan-bahan tadi dan gaul rata. Ha, dah siap untuk dihidang dan dimakan. Sedap..



Hidangan ini sungguh enak dimakan begitu sahaja (bukan roti Gardenia je,huhu..). Ataupun dimakan dengan nasi sebagai hidangan sayuran. Makanan ini juga biasanya dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato, makan dengan lauk ayam masak merah, rendang daging dan sebagainya. Boleh juga sebagai ganti acar. Kalau nak makan dengan roti pun sedap, jadikan sandwich, memang sedap. Anda cubalah. Selamat mencuba..=)

Thursday, November 12, 2009

Assalamualaikum

Maaf semua.. Saya lama tak mem'blog'kan diri. Sekarang ini saya sedang giat menulis tesis dan paper untuk dihantar. Doakan kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan saya. Semoga dipermudah segala urusan kita. Amin..

THE SEVEN DANGEROUS

DON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOW AFTER YOU HAVE A MEAL



* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).



* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.



* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.



* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.



* Don't bathe - Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.



* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.



* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

Monday, September 14, 2009

Hari-hari terakhir

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ayuh! Kita terus mengejar cinta dan redha Ilahi. Jangan tertinggal walaupun sedetik nafas yang kita nikmati. Aku akan pastikan angan dan bayangku hanya Allah.. Allah.. Allah..